·        
Agama Islam (Perkara 3)
o  
Walaupun Islam adalah agama Persekutuan tetapi
kebebasanberagama dijamin dalam perlembagaan.
o  
Islam telah diterima sebagai agama persekutuan sejak
zaman Kesultanan Melayu Melaka sehinggalah ke zaman penjajahan Inggeris.
o  
Penggunaan undang undang Islam telah diiktiraf di
negeri negeri Melayu sebelum penjajahan Inggeris.
o  
Semasa penjajahan Inggeris, kedudukan agama Islam
langsung tidak diganggi dan Inggeris menyerahkan urusan agama Islam kepada
Raja-raja Melayu.
o  
Sesuai dengan takrif Melayu; Perkara 160
mendefinisikan Melayu sebagai seorang yang beragama Islam, lazimnya bertutur
dalam bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu.
·        
Bahasa Melayu (Perkara 152)
o  
Perlunya bahasa kebangsaan bagi menyatupadukan rakyat
pelnagai kaum.
o  
Bahasa Melayu telah menjadi lingua franca di Nusantara
sejak berabad lamanya.
o  
Bahasa Melayu lebih mudah dipelajari dan bersifat
lebih tekal dari segi istilah dan sebutan.
o  
Bahasa Melayu telah dugunakan secara meluas sebelum
Perang Dunia bagi tujuan rasmi.
·        
Institusi Beraja (Perkara
38)
o  
Menjadi simbol perpaduan dan keharmonian negara dengan
memupuk persefahaman.
o  
Simbol penting bagi survival orang melayu untuk
memelihara dan melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah
dan Sarawak.
o  
Menjadi pengibang kuasa dan pihak pendamai untuk tidak
menyebelahi mana-mana  bahagian tertentu
tetapi menjamin kecekapan serta kestabilan antara kehakiman, perundangan dan
eksekutif di negara ini.
o   Sistem Beraja di
Malaysia menjadi naungan dan simbol taat setia rakyat jelata.








No comments:
Post a Comment