RUU 355

Hasil carian imej untuk RUU 355
RUU AKTA 355
  • Akta 355, Akta Mahkamah Syariah ( Bidangkuasa Jenayah ) 1965 telah digubal untuk memberi kuasa kepada Mahkamah Syariah yang ditubuhkan di bawah mana mana undang undang Negeri bagi maksud membicarakan kesalahan di bawah hukum Syarak.
  • Akta 355 ini telah mula berkuatkuasa dan diterima pakai di Malaysia pada 1 April 1965. Akta ini telah dipinda pada 1.1.1984 di bawah Akta A612, Akta Mahkamah Syariah ( Bidangkuasa Jenayah ) (Pindaan) 1984 dan pada 5.5.1989 di bawah Akta A730, Akta Mahkamah Syariah     ( Bidangkuasa Jenayah ) (Pindaan dan Perluasan) 1989.
  • Satu akta yang memberi bidang kuasa jenayah kepada mahkamah yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang negeri bagi maksud membicarakan kesalahan jenayah bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah.
POLEMIK DALAM RUU 355
  • HUKUM HUDUD
    **Hudud melibatkan hukuman yang menyentuh 6 jenis kesalahan; 4 bersifat individu atau dosa peribadi iaitu Zina, Menuduh Zina (Qazaf), Minum Arak dan Murtad, manakala 2 lagi melibatkan kesalahan jenayah awam seperti Mencuri dan Merompak. **Sekarang inipun 4 jenis kesalahan ini yang melibatkan dosa peribadi (Zina, Qazaf, Minum Arak dan Murtad) sudah ada peruntukan undang-undang di bawah kuasa negeri-negeri. Akta 355 tidak melibatkan kesalahan jenayah awam seperti mencuri dan merompak yang merupakan bidang kuasa Persekutuan.
    **Akta 355 ini tidak memperuntukkan sebarang undang-undang hudud atau “capital punishment”.
    **Pindaan Akta 355 bertujuan untuk meningkatkan hukuman bagi memperkasakan Mahkamah Syariah dalam pengawalan moral berikutan isu gejala sosial yang amat serius.
    **Jadi pindaan RUU hanya melibatkan peruntukan kesalahan-kesalahan sedia ada dalam enakmen jenayah negeri-negeri.
    **Pindaan Akta 355 hanyalah aturan perubahan undang-undang yang bertujuan untuk meningkatkan bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah.
    **Bagi melaksanakan hukum hudud, sekurang-kurangnya tiga pindaan perlu dilakukan kepada beberapa bahagian di dalam Perlembagaan dan bukan dengan meminda Akta 355 yang terhad kepada bidang kuasa Mahkamah Syariah. Jelaslah, Akta 355 bukan hudud dan bukan juga pintu kepada pelaksanaan hukum hudud.
  • KESAN TERHADAP ORANG BUKAN ISLAM
    **
    Perlembagaan Persekutuan menetapkan bidang kuasa Mahkamah Syariah hanya untuk umat Islam dan dalam Akta 355 Seksyen 2 juga menjelaskan bahawa hanya orang Islam yang boleh dibicarakan dan dihukum di Mahkamah Syariah.
    **Orang Bukan Islam tidak mungkin boleh dibicarakan di bawah Mahkamah Syariah
Kuasa kuasa yang diberikan di bawah Akta 355 ini ialah :

1. Memberi kuasa kpd Kerajaan Negeri untuk membuat apa apa undang undang bertulis berkenaan dgn kesalahan terhadap rukun agama Islam yg boleh dibicarakan di Mahkamah Syariah yg ditubuhkan di bawah mana mana undang undang bertulis dlm sesuatu Negeri.



2. Bidang kuasa ini hanya ke atas orang orang yg menganut agama Islam dan berkenaan dengan mana mana perkara yang disebut satu persatu dalam Senarai II bagi Senarai Negeri dalam Jadual Kesembilan kepada Perlembagaan Persekutuan


3. Bidang kuasa di atas tidak boleh dijalankan berkenaan dengan apa apa kesalahan yg boleh dihukum penjara selama tempoh melebihi tiga tahun atau denda melebihi lima ribu ringgit atau sebatan melebihi enam kali atau apa apa gabungan hukuman tersebut.

Berdasarkan penjelasan-penjelasan di atas, kita boleh lihat bahawa pindaan RUU 355 menghormati Perlembagaan dan tidak bercanggah dengannya. Akta ini juga bertujuan untuk menaik taraf mahkamah syariah dan tidak memperuntukkan hukum hudud seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.Yang paling penting sekali, orang bukan Islam tidak perlu bimbang kerana hukuman-hukuman di bawah akta ini hanya akan dikenakan kepada orang Islam sahaja.

No comments:

Post a Comment

Grey Spinning Heart Within A Heart