Piagam Madinah VS Perlembagaan Persekutuan

Persamaan

1. Kebebasan beragama

Dalam Piagam Madinah , Fasal 25 ada mengatakan , “bagi Yahudi agama mereka dan bagiorang-orang Islam agama mereka”. Hal ini selaras dengan firman Allah S.W.T dalam surah Al-Kafirun ayat 6 yang bermaksud, “bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku” serta ayat lain dalam surah Al-Baqarah ayat 256 yang bermaksud “tidak ada paksaan dalam agama”. Melalui perjanjian ini, kaum Yahudi dianggap sebagai satu ummah yang hidup bersama dan saling membantu di bawah perjanjian yang dipimpin oleh seorang ketua negara Islam. Mereka bebas menganut dan mengamalkan agama mereka. Kebebasan ini bukan sahaja diberi kepada kaumYahudi malah kepada pengikut dan sekutu  mereka.Dalam Perlembagaan Malaysia pula, Perkara 3 dalam Agama bagi Persekutuan ada mengatakan dalam Fasal 1 bahawa “ Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan”. Ini jelas menyatakan setiap rakyat bebas untuk menganut dan mengamalkan agama mereka.  Perkara 11 : Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya.

2. Hak Asasi Manusia

Dalam fasal 40 ada mengatakan “ Bahawa jiran tetangga hendaklah diperlakukan sebagai diri sendiri, tidak boleh dilakukan terhadapnya bahaya dan dosa” malah dalam fasal 41 ada mengatakan “tidak boleh dihampiri sebarang kehormatan wanita melainkan dengan izin keluarganya sendiri”. Ini jelas menunjukkan Nabi Muhammad S.A.W amat menjaga hak-hak ummat baginda. Setiap orang diberi hak untuk memberi perlindungan kepada seseorang dan berjanji agar perlindungan yang diberi oleh seseorang itu hendaklah dihormati oleh semua ummah. Perlindungan itu diberikan dengan syarat orang yang hendak dilindungi ini mestilah bukan musuh negara dan orang yang bersalah. Memberikan perlindungan kepada jiran merupakan sebahagian daripada adat yang diamalkan oleh orang Arab ketika itu. Dalam Perlembagaan Malaysia, Perkara 8 dalam Kesamarataan, fasal 1 ada menyebut “semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang” . Ini jelas menunjukkan bahawa setiap orang berhak mendapatkan jaminan yang sama rata di sisi undang-undang Perlembagaan Malaysia. Dalam Perkara 10 pula , dalam Kebebasan bercakap, tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara.

3.  Hak dan tanggungjawab dari segi ketahanan dan pertahanan negara serta tidak dianggap bersalah sebelum didapati bersalah.

Piagam Madinah,Fasal 21 menyatakan: Barangsiapa membunuh dengan sewenang-wenangnya akan seorang mukmin dengan tidak ada bukti yang cukup (alasan yang membolehkan pembunuhan itu berlaku) hendaklah dihukum bunuh balas kecuali dipersetuji oleh wali yang kena bunuh menerima ganti darah. Semua orang mukmin hendaklah bersatu suara mengutuk perbuatan itu, bahkan tidak harus bagi mereka menegakkan terhadapnya. Fasal 43 menyatakan: Bahawa tidaklah boleh diberi bantuan perlindungan kepada jiran Quraisy (musuh), begitu juga tidak boleh diberi perlindungan kepada orang-orang yang membantunya. Hal ini adalah kerana pada masa itu Bani Quraisy adalah musuh Madinah. Manakala dalam perlembagaan Malausia, Perkara 5 : Tiada seorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali mengikut undang-undang.


4.  Dasar hubungan baik dan saling membantu
• Fasal 17: Bahawa perdamaian orang-orang mukmin itu adalah satu dan sama, oleh itu tidak boleh dibuat perjanjian dengan mana-mana orang mukmin tanpa diturut serta oleh mukmin yang lain dalam sesuatu perang pada jalan Allah, melainkan dengan dasar persamaan dan keadilan di kalangan mereka. Fasal 45 : Apabila mereka diajak untuk berdamai atau untuk masuk campur dalam satu-satu perdamaian maka hendaklah mereka bersedia berdamai atau masuk campur ke dalam perdamaian itu; dan bila mana mereka diajak berbuat demikian maka orang-orang mukmin hendaklah merestuinya kecuali terhadap orang-orang yang memerangi agama (Islam). Perkara 8 : Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-unda


5.  Mengakui kewujudan dan kepentingan kaum lain
Fasal 25: Bahawa kaum Yahudi dari Bani Auf adalah satu ummah bersama orang-orang mukmin, mereka bebas dengan agama mereka sendiri (Yahudi) dan orang Islam dengan agama mereka (Islam), begitu juga orang-orang yang sekutu mereka dan begitu juga diri mereka sendiri, melainkan sesiapa yang zalim dan berbuat dosa maka hal itu tidak akan menimpa melainkan dirinya dan keluarganya sendiri.
• Perkara 12: Tanpa menjejaskan keluasan Perkara 8, tidak boleh ada diskriminasi terhadap mana-mana warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan atau tempat lahir-- (a) dalam pentadbiran mana-mana institusi pendidikan yang disenggarakan oleh suatu pihak berkuasa awam, dan, khususnya, kemasukan murid-murid atau pelajar-pelajar atau pembayaran fi; atau (b) dalam memberikan bantuan kewangan daripada wang sesuatu pihak berkuasa awam bagi penyenggaraan atau pendidikan murid-murid atau pelajar-pelajar di mana-mana institusi pendidikan (sama ada disenggarakan oleh suatu pihak berkuasa awam atau tidak dan sama ada di dalam atau di luar Persekutuan).


6.  Warganegara berhak dapat perlindungan dan pertahankan hak masing-masing
• Fasal 37- Bahawa orang-orang Yahudi hendaklah menbiayai negara seperti mana orang-orang mukmin juga hendaklah membiayai negara; dan hendaklah mereka sama-sama tolong-menolong menentang sesiapa jua yang memerangi orang-orang yang menganggotai Piagam ini; dan hendaklah mereka saling nasihat-menasihati, sama-sama membuat kebajikan terhadap perbuatan dosa.
• Perkara 7-  Tiada seorang pun boleh dihukum kerana sesuatu perbuatan atau peninggalan yang tidak boleh dihukum menurut undang-undang pada masa perbuatan atau peninggalan itu dilakukan atau dibuat, dan tiada seorang pun boleh menanggung hukuman yang lebih berat kerana sesuatu kesalahan daripada yang telah ditetapkan oleh undang-undang pada masa kesalahan itu dilakukannya.


Perbezaan
  • Piagam Madinah menjadikan Al-Quran dan hadis sebagai sumber undang-undang manakala Perlembagaan Malysia menjadikan Perlembagaan itu sendiri sebagai yang tertinggi seperti yang telah dinyatakan dalam Perkara 4 (1) .
  • Perlembagaan Persekutuan mempunyai. Hak Istimewa Orang Melayu Serta Bumiputera Sabah dan Sarawak- Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukan hak-hak isitmewa kepada orang melayu serta Bumiputera Sabah dan Sarawak- Antara keistimewaan yang diberikan adalah seperti berikut:
    •  Memegang jawatan dalam perkhidmatan awam
    •  Kuota peluang pendidikan di peringkat Universitic
    • Pemberian biasiswa untuk melanjut pelajaran
  • Sistem pemerintahan Malaysia- Sistem pemerintahan Malaysia berlandaskan empat perkara penting:
    • Raja Berpelembagaan
    • Demokrasi berparlimen
    • Negara Persekutuan

No comments:

Post a Comment

Grey Spinning Heart Within A Heart