Pengaruh Hindu Buddha Terhadap Kerajaan Melayu Awal

Setakat mana pengaruh Hindhu Buddha terhadap kerajaan melayu awal ?
Hasil carian imej untuk pengaruh hindu buddha dalam kerajaan awal asia tenggara
Menurut ahli sejaranawan, Syed Naquib Al-Attas, pada kerajaan melayu awal pengaruh hindhi buddha tidak lah mempengaruhi secara menyeluruh masyarakat pada masa itu. Hal ini kerana, tuada bukti yang terlalu ketara yang menunjukkan ada nama-nama masyarakat Melayu awal yang diambil daripada asal nama Hindhu mahupun Buddha. Namun, beliau turut tidak menafikan terdapat pengaruh hinduisme dan buddiesme dari segi budaya dan adat resam dalam kalangan orang melayu pada masa itu. Contohnya seperti watak dalam wayang kulit yang menggunakan nama-nama Hinddhu. Epik Ramayana dan Mahabhrata menyumbang kepada unsur mitos dalam kesusasteraan serta lahirnya puisi dan prosa Jawa seperti Sutasoma dan Arjunwiwaha .Lahirnya Hikayat Pendawa Lima Daripada Mahabharata dan lahirnya Hikayat Seri Rama daripada Ramayana. Bahasa Sanskrit turut berkembang sebagai bahasa ilmu dan komunikasi kerajaan awal.

Dalam pada itu, pengaruh Hindhu Buddha ini jelas diterapkan dalam sistem beraja kerajaan Melayu awal. Perkataan Raja itu diambil daripada istilah Hindhu, Bahasa sanskrit. Perintah raja adalah undang-undang kerajaan. Raja dipercayai memiliki kesaktian. Wujudnya pelbagai adat istiadat seperti pertabalan yang diketuai oleh golongan Brahmin. Bentuk pelantikan kerajaan melayu yang dilantik secara berangka seperti orang besar berempat,orang besar berlapan, orang besar enam belas dan oarng besar bertiga puluh dua adalah dipengaruhi astrologi hindu.


Jelaslah, pengaruh Hindhu dalam kerajaan Melayu awal, hanya diperingkat pemerintahan. Hal ini bermakna, terdapat pengaruh Hindhu buddha di alam melayu namun tidak menyeluruh seperti mana pengaruh Islam kini.

No comments:

Post a Comment

Grey Spinning Heart Within A Heart