1) BABA & NYONYA
Baba dan Nyonya adalah segolongan keturunan kaum Cina yang unik kedudukannya di kalangan kaum Cina yang terdapat di Negeri-negeri Selat, Tanah Melayu, khususnya di negeri Melaka. Mereka memanggil diri mereka sebagai "Baba" atau "Peranakan" kerana kebudayaan mereka, yang berasal daripada warisan tradisi Cina, mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu.
- BUDAYA MATERIAL
PAKAIAN
**Pakaian tradisi kaum Baba dan Nyonya banyak diadaptasi dari pakaian wanita Melayu.Ini dapat dilihat pada pakain wanitanya dimana mereka memakai kain sarung batik sebagai pakaian utama.Untuk peringkat wanita yang berusia, mereka memakai baju panjang dan kain sarung manakala golongan yang lebih muda gemar memakai baju kebaya nyonya yang disulam cantik.
**Selain daripada pakaian tradisional di atas wanita-wanita Nyonya juga memakai pelbagai aksesori seperti kasut manik,kerongsang,sapu tangan sulam ,cucuk sanggul dan lain-lain lagi.Manakala pakaian kaum Baba lebih kepada pakaian pengaruh dari barat dan kaum Cina sendiri.
**Walaubagaimanapun semua keserian pada pakaian mereka adalah hasil sulaman tangan mereka sendiri khasnya pada baju kebaya dan kasut manik yang amat cantik dan halus buatannya.
MASAKAN / MAKANAN
**Masakan-masakan tradisi kaum Baba & Nyonya yang banyak diambil dari pengaruh masakan Melayu seperti ayam pongteh,kari kapitan,kuih talam,sambal belacan yang kebanyakannya menggunakan bahan-bahan dan rempah ratus masyarakat Melayu dari zaman silam.
- BUDAYA NON-MATERIAL
PERKAHWINAN
**Lamaran perkahwinan kaum Baba Nyonya ini memerlukan buah tangan pinangan, iaitu bakul berkilau dua tingkat, yang dibawa oleh pengantara yang mewakili pelamar kepada ibu bapa pengantin idaman.
**Kebanyakan suku Peranakan tidak beragama Islam, sebaliknya memelihara adat penyembahan nenek moyang dari kaum Cina, tetapi ada yang memeluk agama Kristian. Majlis perkahwinan Peranakan yang banyak mengetengahkan tradisi Cina merupakan antara perkahwinan tradisi yang paling berwarna-warni di Malaysia dan Singapura.
**Kebanyakan suku Peranakan tidak beragama Islam, sebaliknya memelihara adat penyembahan nenek moyang dari kaum Cina, tetapi ada yang memeluk agama Kristian. Majlis perkahwinan Peranakan yang banyak mengetengahkan tradisi Cina merupakan antara perkahwinan tradisi yang paling berwarna-warni di Malaysia dan Singapura.
**Majlis diserikan dengan lagu berima spontan dondang sayang yang dinyanyi dalam bahasa Melayu dan ditari oleh para hadirin di jamuan. Pendondang bergilir-gilir menyambungkan lagu bertema asmara sambil menari berpusing-pusing dengan perlahannya.
**Dondang sayang memerlukan kemahiran berjenaka dan bertikam balas, siapa yang bijak berdondang maka dialah yang meraih gelak ketawa dan tepukan tangan ramai-ramai. Pelat loghat dan cara berbahasa Baba dan Nyonya serta kepandaian menyerikan lagi persembahan.
BAHASA
**Bahasa Baba ialah sejenis dialek bahasa Melayu yang dituturkan oleh orang-orang Baba di Malaysia, khususnya di Melaka dan Pulau Pinang. Walaupun bahasa ini berasal dari Melaka, bahasa Baba yang dituturkan di Pulau Pinang berbeza dengan bahasa Baba Melaka dalam beberapa aspek. Pada dasarnya, bahasa Baba ialah satu bahasa campuran antara bahasa Hokkien dengan bahasa Melayu. Walaupun kebanyakan nahu bahasa Baba berasal daripada bahasa Melayu, bahasa Baba berbeza daripada bahasa Melayu dalam kebanyakan aspek yang utama dan oleh itu, merupakan satu bahasa yang berasingan.
SENIBINA
**Dari segi senibina rumah kaum Baba & Nyonya lebih mirip kepada tradisi rumah lama masyarakat Cina dari negara asal mereka namun diselitkan serba sedikit elemen ukiran-ukiran tempatan.
**Di tanahair kita ini terdapat beberapa tinggalan kaum Baba & Nyonya yang juga dikenali dengan nama kaum Peranakan khasnya di Pulau Pinang dan Melaka.
**Malah terdapat sebuah Muzium Baba & Nyonya di Melaka dan Muzium Peranakan di Singapura.Bolehlah melayari laman-laman wed rasmi mereka untuk keterangan lanjut.
•
2) KADAZAN
Masyarakat Kadazan atau orang dusun merupakan penduduk majoriti Sabah.- BUDAYA MATERIAL
PAKAIAN
**Perhiasan dan sulaman pada pakaian tradisi Kadazan adalah sederhana berbeza dengan etnik lain.
**Pakaian kaum lelaki seperti Gaung (Baju lengan panjang), Souva (Seluar panjang hitam dengan ikat pinggang berwarna biru indigo), Kaking atau toogot (Bengkung pinggang hitam), Siga (Penutup kepala), Tupi’ sinikat (Topi bulat).
**Pakaian kaum wanita terdapat 3 jenis :-
**Sinuangga’ baju blaus pendek dan leher berbetuk U dipakai oleh wanita muda.
**Sinompukung Blaus dengan lengan ¾ dan tidak mempunyai sulaman dipakai oleh wanita pertengahan.
**Kihongon Blaus dengan lengan panjang, dipakai oleh wanita tua dan spesialis ritual
**Aksesori yang dipakai seperti Himpogot (Tali pinggang), Titimbak (Pin rambut), Hamai (Rantai leher), Simbong (Subang), Paun Kerongsang
MAKANAN
**Antara makanan tradisi yang terkenal di kalangan kaum Kadazan-Dusun ialah Hinava, Noonsom, Pinaasakan, Bosou, Tuhau, Sup Kinoring Bakas (tidak halal) dan Sup Manuk Lihing. Makanan-makanan ini dapat disediakan dengan pelbagai cara mengikut kebiasaan amalan tradisi kaum Kadazan-Dusun.
PERALATAN MUZIK
**Gong : Digunakan dalam hampir semua upacara sosial.
**Togunggak : Dimainkan dalam kumpulan untuk mengiring tarian / perarakan di pesta-pesta.
**Sompotan : Dibuat daripada sebiji buah labu yang kering dengan 8 batang paip buluh.
- BUDAYA NON-MATERIAL
TARIAN
**Tarian Sumazau merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazandusun yang terkenal di seluruh Malaysia.
**Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti mengucap kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi dan untuk menolak bala, menyemah semangat, dan mengubati penyakit.
PERAYAAN
**Pesta Keamatan (Tadau Ka’amatan)
**Meraikan tuaian baik. Disambut pada 30 & 31 Mei setiap tahun.
3) IBAN
- BUDAYA MATERIAL
PAKAIAN
**Pakaian tradisional lelaki Iban iaitu Kain Sirat yang dikenali juga sebagai kain cawat merupakan pakaian asas kaum Iban.
**Sirat dipakai dengan cara melilitnya dipinggang dan celah kelengkang. Hujung kain ini dijuntaikan dari pinggang ke hadapan dan belakang badan, mempamerkan bahagian yang berhias. Wanita Iban memakai kain sarung yang dipanggil bidang.
**Bidang yang digunakan sebagai pakaian harian tidak banyak reka coraknya. Kebiasaannya bidang ini hanya dihias oleh reka corak jalur-jaluran yang bewarna-warni. Bidang yang dipakai ketika upacara tertentu atau sebarang perayaan pula dihiasi oleh pelbagai reka corak geometrik dan diwarnakan dengan warna merah bata dan kekuning-kuningan.
**Sirat dipakai dengan cara melilitnya dipinggang dan celah kelengkang. Hujung kain ini dijuntaikan dari pinggang ke hadapan dan belakang badan, mempamerkan bahagian yang berhias.
**Bidang yang digunakan sebagai pakaian harian tidak banyak reka coraknya. Kebiasaannya bidang ini hanya dihias oleh reka corak jalur-jaluran yang bewarna-warni. Bidang yang dipakai ketika upacara tertentu atau sebarang perayaan pula dihiasi oleh pelbagai reka corak geometrik dan diwarnakan dengan warna merah bata dan kekuning-kuningan.
KRAFTANGAN
**Antara kraftangan yang mereka hasilkan adalah seperti tikar, raga, pasu dan sebagainya.Kebiasannya, yang menghasilkan kraftangan ini adalah kaum wanita. Menurut masyarakat Iban, jika wanita tidak pandai mengasilkan kraftangan, mereka dianggap menjengkelkan dan tidak dipandang oleh kaum lelaki. Jadi, sebelum seseorang wanita itu ingin berkahwin, mereka perlu mempersiapkan diri mereka dengan kemahiran membuat kraftangan ini. Bagi mereka, hasil daripada anyaman itu dapat menambat hati si keluarga mentua.
- BUDAYA NON MATERIAL
KEPERCAYAAN
**Orang Iban berpegang kuat kepada kepercayaan tradisional mereka.Misalnya, upacara ‘miring’(jampi serapah) bertujuan menolak bala.
**Masyarakat Iban juga sangat patuh kepada pantang larang (mali) yang diwarisi nenek moyang mereka. ‘mali abu’ :dimana petani Iban percaya bahawa labu tidak boleh ditanam atau dibawa masuk ke dalam ladang mereka. Jika labu ditemui , maka labu itu harus segera dikeluarkan dan tapak penemuan perlu dilumur dengan darah babi atau ayam.Sekiranya melanggar pantang larang, bermakna mereka akan menerima bencana atau malapetaka.
**Masyarakat Iban juga sangat patuh kepada pantang larang (mali) yang diwarisi nenek moyang mereka. ‘mali abu’ :dimana petani Iban percaya bahawa labu tidak boleh ditanam atau dibawa masuk ke dalam ladang mereka. Jika labu ditemui , maka labu itu harus segera dikeluarkan dan tapak penemuan perlu dilumur dengan darah babi atau ayam.Sekiranya melanggar pantang larang, bermakna mereka akan menerima bencana atau malapetaka.
**Seterusnya kepercayaan lain yang berdasarkan tafsiran mimpi.Sesuatu aktiviti boleh dibatalkan sekiranya mereka mendapat mimpi yang tidak baik pada malam sebelumnya.Aktiviti harian sangat dipengaruhi oleh mimpi mereka.
TARIAN
No comments:
Post a Comment