Bukti Keharmonian Masyarakat Mamuk Pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka
- PEMERINTAHAN
Perlantikan jawatan penting dalam kerajaan adalah terbuka kepada semua etnik. Contohnya, Raja Mendeliar seorang yang berketurunan India pernah dilantik memegang jawatan penting di istana sultan.
Perlembagaan Melaka dikuatkuasakan untuk memberi keadilan kepada semua lapisan penduduk dan para pedagang. Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka dikuatkuasakan dalam urusan agama Islam.
Perkahwinan campur juga turut berlaku antara Pemerintah Melaka dengan masyarakat pendatang seperti Perkahwinan Sultan Mansur Shah dengan anak perempuan pemerintah negara Cina, puteri Hang Li Po.
- PERDAGANGAN
Perdagangan di Melaka berjalan dengan lancar hasil daripada sistem pemerintahan terbuka dan pentadbiran pelabuhan yang cekap.
Undang- undang Kanun Melaka dilaksanakan bagi menjaga keselamatan laut di Melaka daripada ancaman perompak dan lanun.
Para pedagang tidak memerlukan visa atau passport sebagai pengenalan diri untuk memasuki sesuatu kawasan di Melaka. Keadaan ini membolehkan para pedagang dari Arab, China, India dan negara-negara lain berdagang secara bebas dan berinteraksi dengan penduduk tempatan.
- BAHASA MELAYU SEBAGAI LINGUA FRANCA
Ini kerana Bahasa Melayu digunakan secara meluas di seluruh Melaka. Bukan sahaja penduduk tempatan yang menggunakan bahasa tersebut malah pedagang yang datang berdagang juga turut menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan.
- KEBUDAYAAN
Masyarakat Melaka menyerap masuk kebudayaan dan ciri-ciri Islam dalam hidup mereka.
Penggunaan nama Arab dan budaya dari Arab atau Islam seperti Majlis Khatam Al-Quran dan marhaban dipraktiskan oleh masyarakat Melaka.
Adat bersanding, bunga manggar, bunga telur dalam perkahwinan melayu adalah contoh pengaruh Hindu disebabkan keharmonian kaum pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
No comments:
Post a Comment