Rasional Perkara 3, Perkara 152 & Perkara 38

·         Agama Islam (Perkara 3)
o   Walaupun Islam adalah agama Persekutuan tetapi kebebasanberagama dijamin dalam perlembagaan.
o   Islam telah diterima sebagai agama persekutuan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka sehinggalah ke zaman penjajahan Inggeris.
o   Penggunaan undang undang Islam telah diiktiraf di negeri negeri Melayu sebelum penjajahan Inggeris.
o   Semasa penjajahan Inggeris, kedudukan agama Islam langsung tidak diganggi dan Inggeris menyerahkan urusan agama Islam kepada Raja-raja Melayu.
o   Sesuai dengan takrif Melayu; Perkara 160 mendefinisikan Melayu sebagai seorang yang beragama Islam, lazimnya bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu.
·         Bahasa Melayu (Perkara 152)
o   Perlunya bahasa kebangsaan bagi menyatupadukan rakyat pelnagai kaum.
o   Bahasa Melayu telah menjadi lingua franca di Nusantara sejak berabad lamanya.
o   Bahasa Melayu lebih mudah dipelajari dan bersifat lebih tekal dari segi istilah dan sebutan.
o   Bahasa Melayu telah dugunakan secara meluas sebelum Perang Dunia bagi tujuan rasmi.
·         Institusi Beraja (Perkara 38)
o   Menjadi simbol perpaduan dan keharmonian negara dengan memupuk persefahaman.
o   Simbol penting bagi survival orang melayu untuk memelihara dan melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak.
o   Menjadi pengibang kuasa dan pihak pendamai untuk tidak menyebelahi mana-mana  bahagian tertentu tetapi menjamin kecekapan serta kestabilan antara kehakiman, perundangan dan eksekutif di negara ini.

o   Sistem Beraja di Malaysia menjadi naungan dan simbol taat setia rakyat jelata.

KERANDA 152

RINGKASKAN KERANDA 152

Imej yang berkaitan
Sejak dekad awal kemerdekaan, harapan pejuang bahasa tidak seindah impian. Mereka melihat nasib bangsa melayu yang mula terumbang-ambing dalam sejarah social Malaysia moden. Ini termasuk dalam bidang undang-undang kerana bahasa melayu masih dipinggarkan, walaupun Malaysia telah merdeka. Lalu, tercetuslah sejak peristiwa Keranda 152. Perarakan Keranda 152 dilakukan sebagai symbol kematian bahasa melayu apabila bahasa melayu tidak digunakan sebagai bahasa pengantar dan bahasa dalam bidang kehakiman. Perarakan pertama pada 3 Mac 1967 di Balai Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka. Selepas  42 tahun, perarakan kedua pada 7 Mac 2009 menuju ke Istana Negara.


Hasil carian imej untuk KERANDA 152

RUU 355

Hasil carian imej untuk RUU 355
RUU AKTA 355
  • Akta 355, Akta Mahkamah Syariah ( Bidangkuasa Jenayah ) 1965 telah digubal untuk memberi kuasa kepada Mahkamah Syariah yang ditubuhkan di bawah mana mana undang undang Negeri bagi maksud membicarakan kesalahan di bawah hukum Syarak.
  • Akta 355 ini telah mula berkuatkuasa dan diterima pakai di Malaysia pada 1 April 1965. Akta ini telah dipinda pada 1.1.1984 di bawah Akta A612, Akta Mahkamah Syariah ( Bidangkuasa Jenayah ) (Pindaan) 1984 dan pada 5.5.1989 di bawah Akta A730, Akta Mahkamah Syariah     ( Bidangkuasa Jenayah ) (Pindaan dan Perluasan) 1989.
  • Satu akta yang memberi bidang kuasa jenayah kepada mahkamah yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang negeri bagi maksud membicarakan kesalahan jenayah bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah.
POLEMIK DALAM RUU 355
  • HUKUM HUDUD
    **Hudud melibatkan hukuman yang menyentuh 6 jenis kesalahan; 4 bersifat individu atau dosa peribadi iaitu Zina, Menuduh Zina (Qazaf), Minum Arak dan Murtad, manakala 2 lagi melibatkan kesalahan jenayah awam seperti Mencuri dan Merompak. **Sekarang inipun 4 jenis kesalahan ini yang melibatkan dosa peribadi (Zina, Qazaf, Minum Arak dan Murtad) sudah ada peruntukan undang-undang di bawah kuasa negeri-negeri. Akta 355 tidak melibatkan kesalahan jenayah awam seperti mencuri dan merompak yang merupakan bidang kuasa Persekutuan.
    **Akta 355 ini tidak memperuntukkan sebarang undang-undang hudud atau “capital punishment”.
    **Pindaan Akta 355 bertujuan untuk meningkatkan hukuman bagi memperkasakan Mahkamah Syariah dalam pengawalan moral berikutan isu gejala sosial yang amat serius.
    **Jadi pindaan RUU hanya melibatkan peruntukan kesalahan-kesalahan sedia ada dalam enakmen jenayah negeri-negeri.
    **Pindaan Akta 355 hanyalah aturan perubahan undang-undang yang bertujuan untuk meningkatkan bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah.
    **Bagi melaksanakan hukum hudud, sekurang-kurangnya tiga pindaan perlu dilakukan kepada beberapa bahagian di dalam Perlembagaan dan bukan dengan meminda Akta 355 yang terhad kepada bidang kuasa Mahkamah Syariah. Jelaslah, Akta 355 bukan hudud dan bukan juga pintu kepada pelaksanaan hukum hudud.
  • KESAN TERHADAP ORANG BUKAN ISLAM
    **
    Perlembagaan Persekutuan menetapkan bidang kuasa Mahkamah Syariah hanya untuk umat Islam dan dalam Akta 355 Seksyen 2 juga menjelaskan bahawa hanya orang Islam yang boleh dibicarakan dan dihukum di Mahkamah Syariah.
    **Orang Bukan Islam tidak mungkin boleh dibicarakan di bawah Mahkamah Syariah
Kuasa kuasa yang diberikan di bawah Akta 355 ini ialah :

1. Memberi kuasa kpd Kerajaan Negeri untuk membuat apa apa undang undang bertulis berkenaan dgn kesalahan terhadap rukun agama Islam yg boleh dibicarakan di Mahkamah Syariah yg ditubuhkan di bawah mana mana undang undang bertulis dlm sesuatu Negeri.



2. Bidang kuasa ini hanya ke atas orang orang yg menganut agama Islam dan berkenaan dengan mana mana perkara yang disebut satu persatu dalam Senarai II bagi Senarai Negeri dalam Jadual Kesembilan kepada Perlembagaan Persekutuan


3. Bidang kuasa di atas tidak boleh dijalankan berkenaan dengan apa apa kesalahan yg boleh dihukum penjara selama tempoh melebihi tiga tahun atau denda melebihi lima ribu ringgit atau sebatan melebihi enam kali atau apa apa gabungan hukuman tersebut.

Berdasarkan penjelasan-penjelasan di atas, kita boleh lihat bahawa pindaan RUU 355 menghormati Perlembagaan dan tidak bercanggah dengannya. Akta ini juga bertujuan untuk menaik taraf mahkamah syariah dan tidak memperuntukkan hukum hudud seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.Yang paling penting sekali, orang bukan Islam tidak perlu bimbang kerana hukuman-hukuman di bawah akta ini hanya akan dikenakan kepada orang Islam sahaja.

Kemerdekaan Tanah Melayu

Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu merupakan peristiwa pengumuman kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Tarikh ini dipilih dalam mesyuarat antara Ketua Pemuda UMNO Tun Sardon Jubir dan timbalannya Haji Ahmad Badawi (bapa Perdana Menteri Malaysia ke-5) di Kepala BatasPulau Pinang pada 1956.

Hasil carian imej untuk kemerdekaan malaysia
Mengapakah Kemerdekaan Tanah Melayu awal Setahun Dari Tarikh Yang Sebenar??


Sebelum British bersetuju untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu seperti yang dipersetujui iaitu pada 1959 (Tunku Abdul Rahman telah menetapkan dalam manifesto beliau bahawa dalam tempoh 4 tahun dari Pilihanraya Umum 1955, Tanah Melayu akan mencapai kemerdekaaan) mereka telah menetapkan bahawa semua kaum di Tanah Melayu mesti bersatu terlebih dahulu sebelum kemerdekaan diberikan. Ini bermakna soal perpaduan kaum menjadi syarat utama kemerdekaan. Dengan adanya perpaduan dan kerjasama dalam politik, perkongsian kuasa dapat dilaksanakan. Namun begitu, terdapat beberapa cabaran dalam usaha memerdekakan Tanah Melayu. Antaranya ialah kemunculan parti berasakan kaum dan tidak wujud kerjasama kaum pada ketika itu.

Perkembangan dalam arena politik pada ketika itu dengan wujudnya penubuhan parti-parti politik telah memberi kekuatan kepada Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri.Dalam usaha menuntut kemerdekaan, beberapa langkah telah diambil. Antaranya ialah dengan mewujudkan Sistem Ahli, Pilihanraya Majlis Tempatan dan Pilihanraya Umum 1955. Sistem Ahli dicetuskan oleh Dato’ Onn Jaafar bagi melatih orang Melayu dan kaum lain dalam pentadbiran. Ia merupakan sistem pentadbiran tanpa pilihanraya dan dikenali sebagai kabinet bayangan.

Pilihanraya Majlis Tempatan dimulakan dengan memilih perwakilan bagi Majlis Perbandaran Georgetown, Pulau Pinang pada 1 Disember 1951. Di mana di dalam pilihanraya tersebut, UMNO dan MCA telah bergabung membentuk Parti Perikatan dan telah memenangi kesemua sembilan kerusi yang dipertandingkan. Pada Febuari 1952, Pilihanraya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur sekali lagi UMNO-MCA berjaya memenangi sembilan kerusi dari dua belas yang dipertandingkan. Dua kerusi telah dimenangi oleh IMP dan satu oleh calon bebas. Selain itu, pilihanraya juga turut diadakan di Johor Bahru, Ipoh, Melaka dan Seremban. Manakala pilihanraya pada peringkat negeri diadakan pada tahun 1954. Parti Perikatan semakin kuat dalam menghadapi pilihanraya 1955 apabila MIC turut menyertai mereka. 

Sementara itu, parti Perikatan menjadi semakin kukuh lagi dengan penyertaan Parti MIC pada tahun yang sama. Tahun 1955 merupakan tahun yang paling penting dalam perkembangan politik tanah air kerana ia merupakan kali yang pertama diadakan Pilihanraya Persekutuan bagi seluruh Tanah Melayu. Tiga buah parti politik yang mewakili tiga kaum terbesar di Tanah Melayu telah bersetuju bergabung dan bertanding dalam pilihanraya tersebut bagi membentuk sebuah parti, iaitu Perikatan.


Pilihanraya Umum 1955 telah menyaksikan bahawa kerjasama kaum dalam kalangan masyarakat semakin utuh. Ekoran daripada itu, ia telah mendorong Parti Perikatan untuk meneruskan  desakan bagi mempercepatkan kemerdekaan Tanah Melayu. Dengan kemenangan tersebut ia telah menjadi kemncak di mana Parti Perikatan semakin bertambah yakin untuk menuntut kemerdekaan lebih awal walaupun dalam manifestonya telah menetapkan tempoh empat tahun. Hasil daripada beberapa perbincangan yang dilakukan, sama ada di kalangan Raja-raja Melayu mahupun MCA dan MIC, ini telah membuktikan bahawa majoriti penduduk di Tanah Melayu sanggup bertolak ansur dan berkongsi kuasa dalam usaha mewujudkan sebuah pemerintahan sendiri.

Kenapa Pilihan Raya Diawalkan ?

Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955 yang diadakan pada 27 Julai 1955 merupakan pilihan raya umum yang tunggal di Persekutuan Tanah Melayu (kemudian Malaysia) sebelum kemerdekaannya pada 31 Ogos1957.
KENAPA PILIHAN RAYA DIAWALKAN KE TAHUN 1955

·         Pengisytiharan darurat pada tahun 1946 adalah disebabkan oleh keadaan politik yang semakin meruncing ekoran kebangkitan golongan radikal Melayu dan bukan Melayu.
·         Juga disebabkan gerakan komunis yang dipelopori oleh Parti Komunis Malaya (PKM) semakin rancak dan diperhebatkan lagi oleh Rejimen ke-10 PKM.
·         Akibat daripada darurat ,kerajaan British membuat keputusan untuk mempercepatkan kemerdekaan Tanah Melayu kerana mendapati penduduk Tanah Melayu semakin menunjukkan rasa tidak puas hati kepada pentadbiran British.
·         British telah memberi syarat supaya kerjasama kaum diadakan jika Tanah Melayu ingin mendapatkan kemerdekaan.
·         Maka tubuhnya Jawatankuasa Antara Kaum (CLC) yang dianggotai parti UMNO dan MCA pada tahun 1949 yang merupakan titik permulaan kerjasama kaum di Persekutuan Tanah Melayu.
·         Parti Perikatan(UMNO, MCA dan MIC) telah menang besar dalam pilihan raya umum pertama tahun 1955 dan berjaya membentuk kerajaan sendiri.

·         Kemenangan tersebut menggambarkan rakyat Tanah Melayu telah bersedia untuk merdeka.
Grey Spinning Heart Within A Heart