KEADILAN RASULULLAH
•Dikeluarkan oleh Bukhari dari Urwah bahwa seorang wanita telah mencuri pada zaman Rasulullah saw ketika terjadinya penaklukan Makkah. Lalu kaumnya menemui Usamah bin Zaid ra untuk mendapatkan ampunan bagi anak perempuan mereka.
•Urwah berkata, “Ketika Usamah menemui Rasulullah saw dan memberi tahu permintaan kaum itu, wajah Rasulullah saw menjadi kemerah-merahan dan bersabda, ‘Apakah kamu berkata-kata denganku mengenai hukuman Allah
SWT (untuk mengubah atau meringan-ringankannya)?’”
•Usamah berkata, “Ampunilah saya wahai Rasulullah.”
•Pada waktu petangnya Rasulullah saw berkhutbah dihadapan orang ramai. Baginda memuji Allah seperti biasa dan bersabda, “Amma ba’du. Sesungguhnya telah binasalah kaum yang terdahulu apabila
orang-orang mulia di kalangan mereka mencuri, mereka tidak menghukumnya. Tetapi apabila orang-orang rendah di kalangan mereka mencuri, mereka menjatuhkan hukuman ke atasnya. Demi
Allah yang memegang jiwa
Muhammad di dalam tangan-Nya! Jika seandainya
Fatimah binti
Muhammad mencuri pasti aku akan memotong tangannya.”
•Kemudian Rasulullah saw memerintahkan supaya tangan perempuan yang mencuri itu dipotong, Setelah itu bertaubat sungguh-sungguh dan menikah.
•Contoh yang lain, misalnya selepas peperangan Badar, di mana Rasulullah bersetuju membebaskan tawanan perang dengan syarat mereka mengajar anak-anak umat Islam untuk membaca. Baginda tidak bersikap melampau dan terlalu tegas dengan tawanan tersebut.
•Dari
sini kita dapat melihat sikap wasatiyyah Rasulullah walaupun dengan pihak musuh.
Rasulullah juga memberikan garis panduan dalam kepimpinan ketika meluaskan empayar Islam dengan membenarkan sikap toleransi beragama. Ini terbukti dengan terbentuknya Piagam Madinah yang telah dipersetujui dengan masyarakat bukan Islam.
Rasulullah juga memberikan garis panduan dalam kepimpinan ketika meluaskan empayar Islam dengan membenarkan sikap toleransi beragama. Ini terbukti dengan terbentuknya Piagam Madinah yang telah dipersetujui dengan masyarakat bukan Islam.
•Wasatiyyah dan kesederhanaan yang diamalkan oleh Nabi SAW adalah bermatlamat untuk mencari kebenaran yang sejati atau al-haq. Perkara ini tidak mungkin dicapai melainkan dengan kita kembali kepada ajaran sunnah Rasulullah dan al-Quran sebagai kalamullah.
No comments:
Post a Comment