Adakah Zakat Berujuan Untuk Membasmi Kemiskinan?

Adakah zakat bertujuan untuk membasmi kemiskinan?

Pengertian zakat
  • Dari Segi Bahasa :

·         Zakat dari segi bahasa bererti “BERSIH”, “SUCI”, “SUBUR”, “BERKAT” dan “BERKEMBANG” Pengertian “BERSIH” dan “SUCI” dalam istilah zakat ialah membersihkan harta dan membersihkan diri orang kaya daripada bersifat kedekut dan bakhil. Dalam erti yang lain ialah membersihkan diri daripada sifat dengki dan dendam terhadap orang kaya.

  •  Dari Segi Syarak :

·         Zakat dari segi syarak pula ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak

Zakat merupakan rukun Islam ketiga dan wajib untuk umat Islam yang memenuhi syarat wajib zakat untuk membayarnya. Zakat yang dibayar akan diagihkan kepada 8 golongan asnaf yang terdiri daripada :
·         Fakir - Orang yang tidak berharta serta tidak mempunyai pekerjaan sama sekali, atau orang yang mempunyai harta dan pekerjaan tetapi tidak dapat menampung keperluan hariannya. Contoh, keperluannya sehari ialah RM 10.00 tetapi dia hanya ada RM 2.00 sahaja.
·         Miskin - Orang yang mempunyai harta tetapi tidak mencukupi keperluan hariannya. Contoh, keperluan hariannya RM 10.00, tetapi dia hanya ada RM 7.00 sahaja.
·         Amil - Orang/Pekerja yang ditugaskan oleh pemerintah mengutip/mengagih zakat.
·         Muallaf - Saudara baru memeluk Islam
·         Riqab - Hamba yang menebus dirinya secara ansuran.
·         Al-Gharimin - Orang yang menanggung hutang dan tidak mampu untuk menyelesaikanya
·         Fisabilillah - Orang yang berjuang di jalan Allah.
·         Ibnus sabil - Musafir yang terputus bekalannya semasa di perantauan
·         Selain dari golongan 8 asnaf ini, mereka TIDAK LAYAK untuk menerima wang zakat.


Bantuan zakat cuma diagihkan kepada golongan yang memerlukan sahaja. Ini dapat mengelakkan berlakunya penindasan atau ketidakadilan terhadap golongan ini serta mengelakkan daripada duit zakat disalahpergunakan atau disalurkan kepada dana yang salah. Biarpun negara kita masih ada yang dibelenggu kemiskinan, zakat sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban individu tersebut. Oleh itu, kita boleh konklusikan yang zakat bertujuan untuk mambasmi kemiskinan serta memberikan bantuan kepada orang yang tidak berkemampuan yang layak menerimanya.

No comments:

Post a Comment

Grey Spinning Heart Within A Heart