Pembangunan Ekonomi Sekarang Berdasarkan Pembangunan Ekonomi Rasulullah

Dengan mengambil kaedah pembangunan ekonomi Rasulullah SAW, berikan pembangunan ekonomi yang boleh diusahakan sekarang?

Sistem perekonomian pada zaman Nabi Muhammad SAW merupakan sistem ekonomi yang berlandaskan syariat islam iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Kegiatan ekonomi yang dijalankan mematuhi apa yang harus dilakukan dan menjauhi apa yang dilarang dalam Islam. Batasan-batasan yang ditetapkan dalam Islam adalah bertujuan untuk menjaga maqasid syariah iaitu menjaga agama, diri, akal, harta dan keturunan.
Di Quba, Rasulullah membangunkan masjid sebagai tempat ibadah dan mengajar ilmu agama Islam. Setelah beliau berjaya membangunkan masjid, perkara pertama yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW adalah mempersatukan, mengarahkan dan membina masyarakat (Anshar dan Muhajirin) dengan meletakkan dasar-dasar kehidupan dalam bermasyarakat, yang terdiri daripada :
  • ·         Mendirikan Masjid Nabawi, sebagai tempat beribadah, dan juga berperanan untuk mempersatukan kaum Muslimin dari berbagai suku dan etnik. Ia juga sebagai pusat pemerintahan.
  • ·         Mempersaudarakan kaum Anshar dengan kaum Muhajirin, hal ini tidak didasarkan pada ikatan darah, ras, tetapi berdasarkan agama (aqidah).
  • ·         Mendeklarasikan Piagam Madinah, yang bertujuan sebagai stabiliti keamanan antara kaum Muslimin dengan kaum Yahudi di Madinah.

Oleh itu, kerajaan boleh menjalankan usaha untuk membangunkan ekonomi dengan :
  • ·         Menjalankan aktitivi ekonomi berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah seperti Nabi Muhammad SAW.
  • ·         Kegiatan ekonomi hendaklah dipraktikkan secara jujur dan amanah.
  • ·         Mengukuhkan ikatan antara masyarakat yang terdiri daripada berbilang kaum dan bangsa supaya aktiviti ekonomi dapat berjalan dengan lancar dan memudahkan transaksi dilakukan.
  • ·         Menggalakkan masyarakat menceburi bidang perniagaan kerana 9/10 rezeki datangnya daripada perniagaan.
  • ·         Menubuhkan sebuah institusi bertujuan untuk mengawal kegiatan ekonomi dalam negara secara terperinci dan menyeluruh.

Penilaian Ekonomi Malaysia (Kualitatif & Kuantitatif)

·         Kuantitatif
o   Kenaikan kos sara hidup rakyat.
§  Langkah kerajaan menaikkan harga barangan seperti minyak, petroleum dan gula menaikkan kos sara hidup rakyat yang berkerja apatah lagi yang tidak berkerja. Walaupun nilai yang dinaikkan sedikit tetapi jika pelnagai barangan dinaikkan harga ianya memberikan kesan yang buruk kepada rakyat.
o   Paras hutang kerajaan yang tinggi.
§  Paras hutang kerajaan yang semakin meninggi dari tahun 1970 telah mempengaruhi kadar pertukaran wang asing negara.
o   Kos pengurusan kerajaan yang tinggi.
§  Jumlah perbelanjaan pengurusan kerajaan meningkat daripada RM2.2 billion kepada RM216.2 billion.
·         Kualitatif
o   Pertumbuhan ekonomi dekad yang lebih perlahan.
§  Pertumbuhan ekonomi Malaysia telah jatuh dengan perlahan, walaupun ekonomi global dijangka meningkat, pertubuhan KDNK Malaysia purata setahun lepas lebih perlahan.
o   Produktiviti pekerja yang kurang cemerlang.
§  Statistik tenaga kerja yang mempunyai lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hanya 80%. Tahap produktiviti ini amat rendah berbanding negara Singapura, Jepun dan Amerika Syarikat.
o   Kelemahan Ringgit dan kenaikan gaji yang perlahan.

§  Matawang Malaysia terus lemah dari masa ke semasa berbanding matawang Amerika Syarikat. Ini menyebabkan kuasa membeli rakyat turun yang secara automatic membebankan rakyat lebih lebih lagi apabila kenaikan gaji yang perlahan.

Piagam Madinah VS Perlembagaan Persekutuan

Persamaan

1. Kebebasan beragama

Dalam Piagam Madinah , Fasal 25 ada mengatakan , “bagi Yahudi agama mereka dan bagiorang-orang Islam agama mereka”. Hal ini selaras dengan firman Allah S.W.T dalam surah Al-Kafirun ayat 6 yang bermaksud, “bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku” serta ayat lain dalam surah Al-Baqarah ayat 256 yang bermaksud “tidak ada paksaan dalam agama”. Melalui perjanjian ini, kaum Yahudi dianggap sebagai satu ummah yang hidup bersama dan saling membantu di bawah perjanjian yang dipimpin oleh seorang ketua negara Islam. Mereka bebas menganut dan mengamalkan agama mereka. Kebebasan ini bukan sahaja diberi kepada kaumYahudi malah kepada pengikut dan sekutu  mereka.Dalam Perlembagaan Malaysia pula, Perkara 3 dalam Agama bagi Persekutuan ada mengatakan dalam Fasal 1 bahawa “ Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan”. Ini jelas menyatakan setiap rakyat bebas untuk menganut dan mengamalkan agama mereka.  Perkara 11 : Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya.

2. Hak Asasi Manusia

Dalam fasal 40 ada mengatakan “ Bahawa jiran tetangga hendaklah diperlakukan sebagai diri sendiri, tidak boleh dilakukan terhadapnya bahaya dan dosa” malah dalam fasal 41 ada mengatakan “tidak boleh dihampiri sebarang kehormatan wanita melainkan dengan izin keluarganya sendiri”. Ini jelas menunjukkan Nabi Muhammad S.A.W amat menjaga hak-hak ummat baginda. Setiap orang diberi hak untuk memberi perlindungan kepada seseorang dan berjanji agar perlindungan yang diberi oleh seseorang itu hendaklah dihormati oleh semua ummah. Perlindungan itu diberikan dengan syarat orang yang hendak dilindungi ini mestilah bukan musuh negara dan orang yang bersalah. Memberikan perlindungan kepada jiran merupakan sebahagian daripada adat yang diamalkan oleh orang Arab ketika itu. Dalam Perlembagaan Malaysia, Perkara 8 dalam Kesamarataan, fasal 1 ada menyebut “semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang” . Ini jelas menunjukkan bahawa setiap orang berhak mendapatkan jaminan yang sama rata di sisi undang-undang Perlembagaan Malaysia. Dalam Perkara 10 pula , dalam Kebebasan bercakap, tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara.

3.  Hak dan tanggungjawab dari segi ketahanan dan pertahanan negara serta tidak dianggap bersalah sebelum didapati bersalah.

Piagam Madinah,Fasal 21 menyatakan: Barangsiapa membunuh dengan sewenang-wenangnya akan seorang mukmin dengan tidak ada bukti yang cukup (alasan yang membolehkan pembunuhan itu berlaku) hendaklah dihukum bunuh balas kecuali dipersetuji oleh wali yang kena bunuh menerima ganti darah. Semua orang mukmin hendaklah bersatu suara mengutuk perbuatan itu, bahkan tidak harus bagi mereka menegakkan terhadapnya. Fasal 43 menyatakan: Bahawa tidaklah boleh diberi bantuan perlindungan kepada jiran Quraisy (musuh), begitu juga tidak boleh diberi perlindungan kepada orang-orang yang membantunya. Hal ini adalah kerana pada masa itu Bani Quraisy adalah musuh Madinah. Manakala dalam perlembagaan Malausia, Perkara 5 : Tiada seorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali mengikut undang-undang.


4.  Dasar hubungan baik dan saling membantu
• Fasal 17: Bahawa perdamaian orang-orang mukmin itu adalah satu dan sama, oleh itu tidak boleh dibuat perjanjian dengan mana-mana orang mukmin tanpa diturut serta oleh mukmin yang lain dalam sesuatu perang pada jalan Allah, melainkan dengan dasar persamaan dan keadilan di kalangan mereka. Fasal 45 : Apabila mereka diajak untuk berdamai atau untuk masuk campur dalam satu-satu perdamaian maka hendaklah mereka bersedia berdamai atau masuk campur ke dalam perdamaian itu; dan bila mana mereka diajak berbuat demikian maka orang-orang mukmin hendaklah merestuinya kecuali terhadap orang-orang yang memerangi agama (Islam). Perkara 8 : Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-unda


5.  Mengakui kewujudan dan kepentingan kaum lain
Fasal 25: Bahawa kaum Yahudi dari Bani Auf adalah satu ummah bersama orang-orang mukmin, mereka bebas dengan agama mereka sendiri (Yahudi) dan orang Islam dengan agama mereka (Islam), begitu juga orang-orang yang sekutu mereka dan begitu juga diri mereka sendiri, melainkan sesiapa yang zalim dan berbuat dosa maka hal itu tidak akan menimpa melainkan dirinya dan keluarganya sendiri.
• Perkara 12: Tanpa menjejaskan keluasan Perkara 8, tidak boleh ada diskriminasi terhadap mana-mana warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan atau tempat lahir-- (a) dalam pentadbiran mana-mana institusi pendidikan yang disenggarakan oleh suatu pihak berkuasa awam, dan, khususnya, kemasukan murid-murid atau pelajar-pelajar atau pembayaran fi; atau (b) dalam memberikan bantuan kewangan daripada wang sesuatu pihak berkuasa awam bagi penyenggaraan atau pendidikan murid-murid atau pelajar-pelajar di mana-mana institusi pendidikan (sama ada disenggarakan oleh suatu pihak berkuasa awam atau tidak dan sama ada di dalam atau di luar Persekutuan).


6.  Warganegara berhak dapat perlindungan dan pertahankan hak masing-masing
• Fasal 37- Bahawa orang-orang Yahudi hendaklah menbiayai negara seperti mana orang-orang mukmin juga hendaklah membiayai negara; dan hendaklah mereka sama-sama tolong-menolong menentang sesiapa jua yang memerangi orang-orang yang menganggotai Piagam ini; dan hendaklah mereka saling nasihat-menasihati, sama-sama membuat kebajikan terhadap perbuatan dosa.
• Perkara 7-  Tiada seorang pun boleh dihukum kerana sesuatu perbuatan atau peninggalan yang tidak boleh dihukum menurut undang-undang pada masa perbuatan atau peninggalan itu dilakukan atau dibuat, dan tiada seorang pun boleh menanggung hukuman yang lebih berat kerana sesuatu kesalahan daripada yang telah ditetapkan oleh undang-undang pada masa kesalahan itu dilakukannya.


Perbezaan
  • Piagam Madinah menjadikan Al-Quran dan hadis sebagai sumber undang-undang manakala Perlembagaan Malysia menjadikan Perlembagaan itu sendiri sebagai yang tertinggi seperti yang telah dinyatakan dalam Perkara 4 (1) .
  • Perlembagaan Persekutuan mempunyai. Hak Istimewa Orang Melayu Serta Bumiputera Sabah dan Sarawak- Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukan hak-hak isitmewa kepada orang melayu serta Bumiputera Sabah dan Sarawak- Antara keistimewaan yang diberikan adalah seperti berikut:
    •  Memegang jawatan dalam perkhidmatan awam
    •  Kuota peluang pendidikan di peringkat Universitic
    • Pemberian biasiswa untuk melanjut pelajaran
  • Sistem pemerintahan Malaysia- Sistem pemerintahan Malaysia berlandaskan empat perkara penting:
    • Raja Berpelembagaan
    • Demokrasi berparlimen
    • Negara Persekutuan

Rasional Perkara 3, Perkara 152 & Perkara 38

·         Agama Islam (Perkara 3)
o   Walaupun Islam adalah agama Persekutuan tetapi kebebasanberagama dijamin dalam perlembagaan.
o   Islam telah diterima sebagai agama persekutuan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka sehinggalah ke zaman penjajahan Inggeris.
o   Penggunaan undang undang Islam telah diiktiraf di negeri negeri Melayu sebelum penjajahan Inggeris.
o   Semasa penjajahan Inggeris, kedudukan agama Islam langsung tidak diganggi dan Inggeris menyerahkan urusan agama Islam kepada Raja-raja Melayu.
o   Sesuai dengan takrif Melayu; Perkara 160 mendefinisikan Melayu sebagai seorang yang beragama Islam, lazimnya bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu.
·         Bahasa Melayu (Perkara 152)
o   Perlunya bahasa kebangsaan bagi menyatupadukan rakyat pelnagai kaum.
o   Bahasa Melayu telah menjadi lingua franca di Nusantara sejak berabad lamanya.
o   Bahasa Melayu lebih mudah dipelajari dan bersifat lebih tekal dari segi istilah dan sebutan.
o   Bahasa Melayu telah dugunakan secara meluas sebelum Perang Dunia bagi tujuan rasmi.
·         Institusi Beraja (Perkara 38)
o   Menjadi simbol perpaduan dan keharmonian negara dengan memupuk persefahaman.
o   Simbol penting bagi survival orang melayu untuk memelihara dan melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak.
o   Menjadi pengibang kuasa dan pihak pendamai untuk tidak menyebelahi mana-mana  bahagian tertentu tetapi menjamin kecekapan serta kestabilan antara kehakiman, perundangan dan eksekutif di negara ini.

o   Sistem Beraja di Malaysia menjadi naungan dan simbol taat setia rakyat jelata.

KERANDA 152

RINGKASKAN KERANDA 152

Imej yang berkaitan
Sejak dekad awal kemerdekaan, harapan pejuang bahasa tidak seindah impian. Mereka melihat nasib bangsa melayu yang mula terumbang-ambing dalam sejarah social Malaysia moden. Ini termasuk dalam bidang undang-undang kerana bahasa melayu masih dipinggarkan, walaupun Malaysia telah merdeka. Lalu, tercetuslah sejak peristiwa Keranda 152. Perarakan Keranda 152 dilakukan sebagai symbol kematian bahasa melayu apabila bahasa melayu tidak digunakan sebagai bahasa pengantar dan bahasa dalam bidang kehakiman. Perarakan pertama pada 3 Mac 1967 di Balai Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka. Selepas  42 tahun, perarakan kedua pada 7 Mac 2009 menuju ke Istana Negara.


Hasil carian imej untuk KERANDA 152
Grey Spinning Heart Within A Heart