REFLEKSI WEEK 8

~Nurul Natasha Etrizal 2015182767~

Pada hari Ini saya telah mempelajari bahawa:
1.       Terdapat banyak persamaan di antara Piagam Madinah yang digubal oleh manusia teragung, Rasullullah Salawallaualaihiwassalam, dengan Perlembagaan Malaysia.
2.       Tujuan ekonomi yang disusun berubah mengikut dasar-dasar yang sesuai, disusun mengikut peredaran masa dan kesesuaian ekonomi duni
3.       Kaedah pembangunan ekonomi Rasullullah Salawallaualaihiwassalam sebenarnya dimulakan dengan kekuatan dalam diri individu itu sendiri dan seterusnya ke peringkat lebih besar bagi membentuk sebuah kerajaan.

Maka saya berazam untuk:
1.       Mendalami maksud sebenar Perlembagaan Malaysia yang tertulis agama islam sebagai agama rasmi dan merealisasikannya dalam kehidupan seharian

2.       Memperbaiki dalaman diri sendiri dahulu sebelum mahu mengubah yang lain kerana asas yang utuhlah bukti kejayaan dan kegemilangan zaman pemerintahan Rasullullah Salawallaualaihiwassalam.
~Nurul Natasha Etrizal 2015182767~
~Izni Najwa Abd Razak 2015139945~
Pada hari ini saya telah mempelajari mengenai:
  • betapa pentingnya undang-undang bagi memastikan keharmonian rakyat dan negara terjamin.
  • Saya telah mempelajari mengenai undang-undang dalam syariat islam iaitu qisas, diyat, hudud dan ta'zir
  • saya juga mempelajari mengenai pembangunan islam dan ekonomi di Malaysia serta dasar-dasar yang diperkenalkan di Malaysia
  • antara tujuan-tujuan penting pembangunan ekonomi di Malaysia iaitu antaranya ialah membasmi kemiskinan, untuk perihal pendidikan, peluang perkejaan dan banyak lagi
Maka dengan itu saya berazam untuk:
  • mengkaji dengan lebih mendalam mengenai undang-undang jenayah dalam islam untuk dijadikan panduan dan pengajaran kepada diri sendiri dan juga orang lain
  • sentiasa melatih diri untuk melahirkan rasa syukur dengan usaha kerajaan bagi membangunkan negara dan kestabilan ekonomi yang terdapat di Malaysia
~Izni Najwa Abd Razak 2015139945~
~Anis Asyikin binti Alias 2015149451~
Pada hari in saya telah mempelajari tentang:
  • Pentingnya pembangunan insan (rohani)
  • Cara Nabi Muhammad dalam membangunkan ekonomi iaitu dengan membangunkan masjid sebagai tempat beribadah dan bermusyawarah dan menubuhkan institusi baitulmal dalam menguruskan perbelanjaan negara.
  • Cara kerajaan dalam mengurangkan kadar kemiskinan rakyat dengan lebih menambahkan peluang pekerjaan terutama orang Melayu seperti menubuhkan Mara Digital dengan harapan menambahkan usahawan.
Maka dengan itu saya berazam untuk menambahkan amalan agar dapat meningkatkan tahap kerohanian. Selain itu, menambahkan ilmu pengetahuan tentang Nabi Muhammad SAW supaya sedikit sebanyak dapat mencontohi rasulullah supaya pada suatu hari dapat menjadi pemipin yang baik.
~Anis Asyikin Alias 2015149451~
~Intan Syahirah Shahrudin 2015149031~
Pada hari ini, apa yang telah saya belajar ialah sama ada hudud sesuai dijalankan di Malaysia sekarang atau tidak. Sepatutnya masayarakat kita perlu memahami dahulu konsep hudud ini. Dengan keadaan ekonomi sekarang, iaitu ekonomi yang semakin hari semakin menjatuh, terjadinya banyak pengganguran, kes mencuri, desakan hidup dan pelbagai lagi kesan negative, jadi ianya tidak sesuai terus menjatuhkan hukuman hudud kepada mereka, sepatutnya, siasat dahulu secara terperinci apa yang telah mereka lakukan, perlulah bersikap adil dalam segala hal, walaupun masyarakat itu mempunyai jawatan tinggi atau macam mana sekalipun, sepatutnya tindakan diambil sama rata antara semua golongan yang melakukan kesalahan.

Maka dengan itu saya berazam untuk sentiasa berfikiran terbuka dan tidak menuduh orang sesuka hati dan juga mengenakan tindakan yang teruk kepada yang tidak bersalah. Sepatutnya, siasat dahulu sebelum mengambil tindakan yang sewajarnya.
~Intan Syahirah Shahrudin 2015149031~
~Nurul Atikah Bt Yazid 2015135375~
Pada hari ini saya telah mempelajari tentang :
  • proses pembangunan ekonomi terbahagi kepada dua iaitu modenisasi atau pembaratan
  • kerajaan telah menjalankan pelbagai dasar untuk membasmi kemiskinan dan merapatkan jurang ekonomi dalam negara.
  • antara usaha kerajaan adalah dengan menubuhkan uitm khas untuk bumiputera di mana universiti ini mengenakan yuran paling murah dan pengajaran yang diberikan adalah berkualiti.
  • saya sendiri sebagai pelajar uitm bersyukur diberi peluang untuk menuntut ilmu di uitm.
Maka dengan itu saya berazam untuk :
  • menggunakan peluang untuk belajar sebaik mungkin dan menamatkan pengajian dengan ANC.
  • tidak membazir waktu dengan melakukan perkara tak berfaedah.
  • berusaha sedaya upaya untuk mengejar cita-cita tanpa berputus asa.
~Nur Syahirah Hassan 2015115685~
Pada hari ini saya telah mempelajari tentang kaedah pembangunan ekonomi oleh Rasulullah S.A.W. iaitu berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah, pembentukan piagam madinah, membangunkan masjid serta menubuhkan institusi baitulmal. Selain itu terdapat pelbagai usaha kerajaan dalam meningkatkan ekonomi negara iaitu:
  • ·         Dasar awam pertanian(dengan merapatkan jurang ekonomi)
  • ·         Dasar awam perindustrian(terutamanya kilang dengan menyediakan peluang pekerjaan)
  • ·         Dasar ekonomi baru(dengan membasmi kemiskinan, menyusun semula masyarakat bandar dan luar bandar)
  • ·         Dasar penswastaan(mengurangkan beban kerajaan iaitu dana dari kutipan cukai dll)
  • ·         Dasar automobil nasional


Berdasarkan dasar-dasar tersebut jelaslah bahawa terdapat pelbagai usaha yang dijalankan oleh kerajaan dalam memastikan pembangunan ekonomi negara berjalan dengan lancar dan teratur. Kita sebagai rakyat perlulah membantu dan menyokong mereka dalam membangunkan ekonomi negara kita.
~Nur Syahirah Hassan 2015115685~
~Supizah Bt Samsuddin 2015154415~
Pada hari ini saya telah mempelajari :
  • ·         Tujuan Malayan Union adalah untuk menyatukan negeri melayu disamping menyimpan perasaan untuk melemahkan orang melayu.
  • ·         Fokus Rasulullah SAW di Mekah ialah mengenalkan sifat Allah kepada umat.
  • ·         Pemerintah bersatu padu untuk membatalkan Malayan Union


Maka dengan itu saya berazam untuk sentiasa bersatu dan melakukan sesuatu perkara dalam kumpulan kerana bergerak dalam kumpulan lebih memudahkan kerja kerana saling bantu membantu.
~Supizah Bt Samsuddin 2015154415~

No comments:

Post a Comment

Grey Spinning Heart Within A Heart