Penilaian Video (Perjanjian Azali)


Dengan mengambil nilai dalam video, bagaimanakah anda ingin memnfaatkan pengetahuan anda tentang perjanjian asali dengan kehidupan harian anda ?
Hasil carian imej untuk CARTOON TEACHING
Roh itu adalah mulia. Roh itu datang dari sisi Allah yang Maha Esa. Oleh itu, kita hendaklah memelihara roh yang ada dalam diri kita dan menjaga kesuciannya. Video yang telah dikongsikan oleh Ustazah Mahfuzah di dalam kelas tempoh hari memperlihatkan kepada penonton bahawa kita perlu berbuat baik sesama manusia. Hal ini adalah kerana ukhwah yang terjalin kini sebenarnya telah ponnterjalin sejak kita di fasa alam roh lagi.

Oleh hal yang demikian, kita tidak sepatutnya berkelakuan sombong, bongkak , takbur, riak dan segala macam kelakuan negatif yang hampir sama sifatnya kepada sesama manusia bahkan kepada makhluk Allah yang lain. Hal ini adalah berikutan setiap apa yang berlaku dalam kehidupan adalah dugaan dan ujian yang datang daripada Allah buat umat manusia bagi diperlihatkan di akhirat kelak. Seterusnya, kita juga tidak sepatutnya berbangga diri dengan rezeki yang Allah berikan sebaliknya meanfaatkan rezeki itu untuk dijalinkan kepada mereka yang memerlukan. Maka seterusnya, dengan izin Allah, nescaya rezeki itu akan makin bertambah hasil daripada keikhlasan bersedekah itu. Malahan, kita tidak tahu bagaimana kehidupan kita di depan hari nanti. Adakah masih ditampok yang, atau mungkin telah mencapai kejayaan atau mungkin juga dalam kesempitan atau yang paling tidak pernah dipinta telah tidur ditelan bumi pada  fasa kehidupan yang seterusnya ? Segala sesuatu itu adalah milik Nya.

No comments:

Post a Comment

Grey Spinning Heart Within A Heart