Kemerdekaan Tanah Melayu

Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu merupakan peristiwa pengumuman kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Tarikh ini dipilih dalam mesyuarat antara Ketua Pemuda UMNO Tun Sardon Jubir dan timbalannya Haji Ahmad Badawi (bapa Perdana Menteri Malaysia ke-5) di Kepala BatasPulau Pinang pada 1956.

Hasil carian imej untuk kemerdekaan malaysia
Mengapakah Kemerdekaan Tanah Melayu awal Setahun Dari Tarikh Yang Sebenar??


Sebelum British bersetuju untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu seperti yang dipersetujui iaitu pada 1959 (Tunku Abdul Rahman telah menetapkan dalam manifesto beliau bahawa dalam tempoh 4 tahun dari Pilihanraya Umum 1955, Tanah Melayu akan mencapai kemerdekaaan) mereka telah menetapkan bahawa semua kaum di Tanah Melayu mesti bersatu terlebih dahulu sebelum kemerdekaan diberikan. Ini bermakna soal perpaduan kaum menjadi syarat utama kemerdekaan. Dengan adanya perpaduan dan kerjasama dalam politik, perkongsian kuasa dapat dilaksanakan. Namun begitu, terdapat beberapa cabaran dalam usaha memerdekakan Tanah Melayu. Antaranya ialah kemunculan parti berasakan kaum dan tidak wujud kerjasama kaum pada ketika itu.

Perkembangan dalam arena politik pada ketika itu dengan wujudnya penubuhan parti-parti politik telah memberi kekuatan kepada Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri.Dalam usaha menuntut kemerdekaan, beberapa langkah telah diambil. Antaranya ialah dengan mewujudkan Sistem Ahli, Pilihanraya Majlis Tempatan dan Pilihanraya Umum 1955. Sistem Ahli dicetuskan oleh Dato’ Onn Jaafar bagi melatih orang Melayu dan kaum lain dalam pentadbiran. Ia merupakan sistem pentadbiran tanpa pilihanraya dan dikenali sebagai kabinet bayangan.

Pilihanraya Majlis Tempatan dimulakan dengan memilih perwakilan bagi Majlis Perbandaran Georgetown, Pulau Pinang pada 1 Disember 1951. Di mana di dalam pilihanraya tersebut, UMNO dan MCA telah bergabung membentuk Parti Perikatan dan telah memenangi kesemua sembilan kerusi yang dipertandingkan. Pada Febuari 1952, Pilihanraya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur sekali lagi UMNO-MCA berjaya memenangi sembilan kerusi dari dua belas yang dipertandingkan. Dua kerusi telah dimenangi oleh IMP dan satu oleh calon bebas. Selain itu, pilihanraya juga turut diadakan di Johor Bahru, Ipoh, Melaka dan Seremban. Manakala pilihanraya pada peringkat negeri diadakan pada tahun 1954. Parti Perikatan semakin kuat dalam menghadapi pilihanraya 1955 apabila MIC turut menyertai mereka. 

Sementara itu, parti Perikatan menjadi semakin kukuh lagi dengan penyertaan Parti MIC pada tahun yang sama. Tahun 1955 merupakan tahun yang paling penting dalam perkembangan politik tanah air kerana ia merupakan kali yang pertama diadakan Pilihanraya Persekutuan bagi seluruh Tanah Melayu. Tiga buah parti politik yang mewakili tiga kaum terbesar di Tanah Melayu telah bersetuju bergabung dan bertanding dalam pilihanraya tersebut bagi membentuk sebuah parti, iaitu Perikatan.


Pilihanraya Umum 1955 telah menyaksikan bahawa kerjasama kaum dalam kalangan masyarakat semakin utuh. Ekoran daripada itu, ia telah mendorong Parti Perikatan untuk meneruskan  desakan bagi mempercepatkan kemerdekaan Tanah Melayu. Dengan kemenangan tersebut ia telah menjadi kemncak di mana Parti Perikatan semakin bertambah yakin untuk menuntut kemerdekaan lebih awal walaupun dalam manifestonya telah menetapkan tempoh empat tahun. Hasil daripada beberapa perbincangan yang dilakukan, sama ada di kalangan Raja-raja Melayu mahupun MCA dan MIC, ini telah membuktikan bahawa majoriti penduduk di Tanah Melayu sanggup bertolak ansur dan berkongsi kuasa dalam usaha mewujudkan sebuah pemerintahan sendiri.

No comments:

Post a Comment

Grey Spinning Heart Within A Heart